Dulu tahun 1994 saya baru tiba di KL ada orang ajak naik BMW.
'Wah, tak sangka kawan saya kaya!'
Tapi rupanya malaun itu ajak saya naik*Bas Mini Wilayah.
Bas warna pink. Rupanya lebih molek daripada puteri Umno.
pengalaman tunggu BMW ni setiap pagi nak ke tempat kerja pada tahun itu.
Payah maam! Pagi2 lepas subuh kena tunggu, most of the time tunggu 1jam. Nak lari cari toilet kat kedai makan, tak boleh sebab takut tak dapat bas!
Jika terlepas satu bas, kena tunggu satu jam lagi dan gerenti lambat masuk kerja.
Maklumlah kerana belum ada LRT masa itu. Teksi pun tak mahu ambik orang bawa ke bandar sebab jam sakan.
Masa itu, KLCC sedang dibina dan banyak lagi bangunan besar di tengah bandar sedang naik. Masa itu, belum ada SATU pun kondo mewah yang kini berselerakan di keliling KLCC. Masih under-developed bandaraya yang kita cintaik bernama KayEl Menjerit.
Kerana sibuk projek-projek ini, dan LRT sedang dibina, maka jalan yang sempit kat tengah bandar KL semakin kecil!
Jalan Tun Perak dekat Masjid Jamek - aduhai tinggal satu lorong.
Lorong P.Ramlee - jalan di sisi KLCC - ditutup selama setahun. Jalan depan Hotel Equatorial dan Bangunan MAS dijadikan one-way selama (jika tak salah) dua tahun. Hancus jadi jam sakan sebab kena pusing jauh.
TAPI itulah kemajuan.
Masa itu kamu bayar 50 sen kepada conductor bas mini boleh naik dari hujung ke hujung. Tapi tak ada aircon.
Dan yang paling memeranjatkan mamat Singapork ini - orang bandar kecik masuk bandar besar - ialah berita dalam Malay Mail:
'The government will check to ensure drug addicts will be stopped from being drivers of mini bus'.
Alamak! Maknanya ada yang disuspek jadi drug addict pandu BMW! Patutlah pandu gila-gila!
Mereka ni suka main lagu kuat-kuat! Semua lagu Melayu beb.
Ella, KRU, Siti dan geng lain zaman 1990an.
RUGI kamu orang muda hari ini naik LRT selesa dan bas panjang Intrakota dan Rapid KL yang ada aircon, drebar pakai uniform.
Bas mini ni semua macam zaman koboi - gerabak kereta kuda tu!
Pemandu dan conductor dibayar ikut berapa ramai penumpang dibawa, bukan gaji tetap.
Jadi jika traffic jam, rugilah mereka sebab tak boleh buat banyak trip.
KERAP juga kat bus stop, kita semua tunggu bas ngadap jalan, tiba-tiba ia datang dari BELAKANG kita!! Walhal itu car-park.
Aiks, sebab nak elakkan jam, bas ini menyelinap jalan mana saja.
Rules are for fools!
Bas capacity 20 orang, boleh sumbat 60.
'Tarik nafas, masuk dalam!'.
SATU hari saya kena kerja hari Sabtu di pejabat lama, maka saya pulang naik bas. Sesak, kena berdiri.
Di satu stop dekat Masjid India ada satu mamat di bus stop bertanya - 'Bas Jalan Chow Kit tak?'
Conductor kata: 'Ya, jalan'.
Terus mamat hensome tu naik.
Tapi nasib tak baik, jam teruk. Jalan sangkut-sangkut.
Lalu drebar kat depan kata - 'Eh aku nak short-cut hari ni. Lece Chow Kit jam'.
Conductor gi kat mamat hensome tu dan kata - 'Abang, abang turun kat sini. Tak gi Chow Kit hari ini'.
Sedih, mamat tu turun.
Yang memeranjatkan saya - setelah turun bas - tiba-tiba conductor campak duit 10 sen x 5 kepada mamat hensome - 'Nah, ini tambang, ambil balik'.
Duit bertaburan. Mamat jadi pengemis pungut wang kat tepi jalan.
Hahaha.
Saya geleng kepala.
Tapi tidak seorang pun bunyi hok atau hek.
Human rights? Oppression of the poor? Horrible transport system? Nak demo marah kerajaan?
No, it's just another day in paradise.
Bas Mini - kau, lagenda.
Kat bawah ni antara pelbagai warna bas mini dulu kini dan akan datang x tau la ade ke x?
Nak tgk lagi bnyk gambar???
klik butang dibawah!!!
Korang penah naik x pengangkutan utama aweks2 dulu2 kala zaman xde rapidKL nLRT????
Janganlah kita lupakan BMW (bas mini wilayah)
No comments:
Post a Comment